Archive for the ‘Bab 3’ Category

Metodologi Kajian

3.1 PENGENALAN

Metodologi penyelidikan merupakan  cara yang dilakukan oleh pengkaji untuk memdapatkan data dalam sesuatu kajian yang dilakukan. Pengkaji telah memilih kaedah temubual untuk mendapatkan data seterusnya terdapat kaedah-kaedah tertentu bagi menganalisis data tersebut dalam aspek-aspek yang ingin dikaji.Kajian ini merupakan sebuah kajian kes tentang pembentukan kata dan perbezaan sebutan dialek Bajau Pantai Barat BMS dalam kalangan penutur jati dialek tersebut.

 

3.2 SAMPEL KAJIAN

Responden yang dipilih merupakan seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang merupakan seorang penutur natif dialek Bajau Pantai Barat yang tinggal di Kota Belud selama lebih daripada 21 tahun .Dengan ini, responden tersebut difikirkan layak untuk mewakili penutur jati dialek tersebut.

 

3.3  PEMILIHAN ALAT KAJIAN

Bagi merakam perbualan dengan responden, alat perakam digunakan. Hasil rakaman itu akan ditranskrip dalam bentuk teks. Bagi tujuan memaparkan perbualan tersebut dalam wordpress, perisian aplikasi SoundCloud digunakan. Perisian aplikasi Antconc digunakan untuk memudahkan pencarian data  perbezaan sebutan dalam Bajau Pantai Barat  yang telah ditranskripsikan.

 

Soal selidik digunakan untuk memperkukuhkan tahap kesahihan dan kebolehpercayaan data-data yang diperoleh daripada responden. Soal selidik mengandungi 10 soalan. Sila rujuk lampiran ….. (pautan). Perisian aplikasi Survey Monkey digunakan untuk membolehkan responden melengkapkan soal selidik secara atas talian.

 

Perbandingan pembentukan kata dan perbezaan sebutan dialek Bajau Pantai Barat dibuat dan seterusnya diterjemahkan ke dalam  bahasa Melayu standard dengan merujuk Tatabahasa Dewan.Data-data tentang perbezaan  itu disenaraikan dan dibandingkan dengan bahasa Melayu standard.

Beberapa alatan dan medium dalam perisian komputer telah digunakan untuk melengkapkan lagi kajian.

 

 

3.4  PROSEDUR KAJIAN

Suara responden akan dirakam dan kemudiannya akan diedit dengan menggunakan perisian Audacity. Rakaman suara  atau audio yang telah siap diedit akan ditranskripsikan  ke dalam bentuk teks. Hasil transkripsi teks akan dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT. Kemudian skrip tersebut akan dianalisis kekerapan leksikal yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian AntConc. Selepas itu, transkripsi teks akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu standard bagi menentukan perbezaan sebutan antara dialek tersebut dengan Bahasa Melayu standard. Terjemahan ini perlu bagi memudahkan pembaca untuk memahami dialek Bajau Pantai Barat.

 

3.4.1    Aspek penyebutan kata

Setelah ditranskipsi, pengkaji kemudiaannya menggunakan IPA Chart untuk mentranskipsikan dari aspek ini. Setelah itu, pengkaji membuat perbandingan perbezaan penyebutan kata  yang terdapat dalam dialek Bajau Pantai Barat  seterusnya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu standard.

 

 

3.5  KESIMPULAN

Kesimpulannya, metod yang dipilih oleh pengkaji adalah berdasarkan kepada perkara yang ingin dikaji. Dalam kajian ini, memilih kaedah-kaedah yang bersesuaian dipilih supaya hasil yang sahih diperolehi. Selain itu, responden dan tempat kajian yang dipilih memudahkan dalam membuat kajian dan selaras dengan objektif kajian. Kaedah-kaedah kajian dan responden yang terlibat adalah penting kerana kedua-duanya merupakan faktor utama yang akan menentukan kejayaan sesebuah penyelidikan.