Archive for the ‘Projek’ Category

Analisis Soal-Selidik

Assalamualaikum..

Kali ini saya akan membuat satu analisis berdasarkan soal-selidik yang telah kami jalankan menggunakan SurveyMonkey.Apa yang di maksudkan dengan SurveyMonkey dan bagaimana cara untuk melakukan soal-selidik melalui laman web ini telah saya beritahu secara terperinci dalam posting sebelum ini iaitu Tutorial Penggunaan SurveyMonkey.Soalan yang dibuat melalui SurveyMonkey ini akan dihantar kepada setiap responden untuk di jawab.Kemudian setelah cukup senarai responden yang diperlukan,data akan di analisis secara terperinci tentang  jawapan yang telah di berikan oleh responden berdasarkan soalan.

Soal-selidik yang telah kami lakukan ialah mengenai Penggunaan Perisian Dalam Pembelajaran Bahasa dalam beberapa aspek.Antaranya aspek semantik,pragmatik,tatabahasa dan sebagainya.Dalam kajian ini,kami perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 10 0rang responden untuk dianalis jawapan yang diberikan berdasarkan soalan kajian.

Berikut merupakan URL atau alamat web soal selidik yang sedia untk dijawab oleh para responden.

http://www.surveymonkey.com/s/N7FWQBF

Apabila anda klik URL diatas maka akan muncul satu page seperti dibawah:

contoh survey

survey 2

surv3

Contoh Soal-Selidik SurveyMonkey

Contoh Soal-selidik yang telah dijawab oleh Responden

Setelah mendapat responden yang mencukupi iaitu seramai sekurang-kurangnya 10 orang,maka soal-selidik ini boleh lah sedia untuk di analisis.Berikut merupakan contoh soal selidik  yang telah dijawab oleh responden.

responden 1      responden 2responden 3responden 4

Senarai Responden: Soalan #1

Q3

Q3

Umur reponden yang menjawab borang soal-selidik ini adalah di antara 20 hingga 22 tahun dan 80% daripada responden adalah perempuan.Skop kawasan responden adalah bebas iaitu samada di kawasan Semenanjung Malaysia ataupun Borneo manakala pemerhatian soal-selidik ini lebih tertumpu kepada pelajar-pelajar IPT samada IPTA ataupun IPTS.50% daripada bilangan responden adalah berbangsa Melayu dan 50% lagi Bumiputra Sabah.

Tujuan soal-selidik ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti kaedah yang digunakan oleh para pelajar untuk mempelajari sesuatu bahasa samada melalui media grafik,pembacaan atau proses pembelajaran dan pengajaran.

Berikut merupakan hasil dapatan kajian yang telah saya perolehi melalui soal selidik yang di jalankan.

Antara laman bahasa yang digunakan oleh para responden untuk mempelajari bahasa:

Soalan #2

Q2

Soalan #3

Q4

Soalan #4

Q4

Soalan #5

Q4

Soalan #6

Q4

Soalan #7

i)Sebutan

Q4

ii) Perbendaharaan Kata

Q4

iii)Tatabahasa

Q4

iv)Semantik

Q4

v).Pragmatik

Q4

Soalan #8

Q8

Soalan #9

Q4

Q4

Soalan #10

Q10

Berdasarkan kajian,sebilangan besar pelajar menggunakan proses pembelajaran dan pengajaran sebagai pengantara untuk belajar sesuatu bahasa.Bilangan peratus pelajar yang belajar bahasa melalui tenaga pengajar adalah 100%.Manakala  80% suka belajar bahasa melalui bahan bercetak seperti buku,majalah,surat khabar dan sebagainya.Pelajar juga suka beljar melalui media grafik seperti televisyen.Ini ditunjukkan dengan hasil dapatan kajian mengatakan 70% daripada pelajar suka belajar melalui televisyen.60% pelajar suka belajar bahasa melalui perisian bahasa dan cakera video manakala 50% daripada pelajar belajar bahasa menggunakan menggunakan cakera audio dan tapak web bahasa atas talian.

Antara sebab seseorang itu ingin belajar bahasa asing ialah:

1) Memudahkan berkomunikasi dengan klien luar negara kelak.

2) Memudahkan menonton wayang Jepun, Korea dan Inggeris.

3) Minat untuk mempelajari sesuatu bahasa

4) Persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di samping minat untuk mendalami bahasa dan budaya negara lain.

5) Menguasai bidang bahasa dengan lebih mendalam.

6) Mendapat peluang pekerjaan yang lebih luas.

7) Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bahasa sesuatu bangsa dan dapat mempelajari bahasa itu selain merupakan satu bonus apabila dapat berkomunikasi dengan mereka yang menuturkan bahasa tersebut.

8) Memudahkan bertutur dengan orang yang berlainan bahasa.

9) Minat untuk mempelajari keunikan sesuatu bahasa.

10) Menguasai bahasa selain drpd bahasa Melayu.

 

=)

Analisis Sebutan Dialek Sarawak

1.0 Pengenalan

Kajian ini adalah mengenai aspek sebutan di mana saya telah memilih dialek Sarawak sebagai tajuk utama saya dalam kursus ini.Sarawak mempunyai dialek yang sangat unik yang di gunakan dalam perbualan seharian mereka.

 

2.0 Objektif Kajian

  • membuat analisis sebutan, dengan merakam perbualan responden secara audio atau video
  •  mentranskripsikan teks perbualan
  •  menterjemahkan teks perbualan ke dalam bahasa Melayu standard
  •  membuat transkripsi fonetik tentang sebutan kata yang dikaji.
  • menggunakan perisian Audacity & Lame (atau Adobe Audition) atau YouTube untuk mengedit perbualan tersebut
  • menggunakan perisian SoundCloud/YouTube untuk membuat pautan di blog WordPress sebagai rujukan kajian
  • merujuk carta fonetik IPA
  • melaporkan dapatan kajian

 

3.0 Video

Saya mengkaji dialek ini melalui lagu seperti di bawah:

 

 

4.0 Transkripsi Teks

Kamek Sayang Geghek Kamek-Know No

Daghi peghtama kali kamek nangga kita dolok,

Sik penah kamek sangka kitak jadi camtok

Kitak dengan kawan kitak,

Kamek ngan dah Eijal,

Terpikat nangga muka kitak,

Lalu madah ngan Eijal

Kebetolan juak eijal geghek kawan kitak,

Kamek sik madah suka dolok nanyak nama kitak,

Siney kitak diam,

Alunya madah di bintawa,

Sik mok pasang dolok maklomlah..

Oghang kacak nak sik lama kakya,

Nombo tepon ada lalu tepon kitak petang ya,

Klaka punya klaka kita suka sama suka,

Sik tau mek waktu ya peghasaan kamek cinta gilak ngan kitak eyyh..

Seghius mena mek waktu ya..

Malam numtum apek denga sidak buka cerita,

Kamek bergeghek dengan bidadaghi syugha,

Minta minta cinta kita kekal selamanya…

Boh kawen dolok dia gik maseh nunggu,

Boh kawen dolok dia gik nak meghayu…

Boh kawen dolok dia gik maseh nunggu,

Boh kawen dolok dia gik nak meghayu…

Mula mula nang okay,

Kitak salu lepak depan belakang S.P nang okay,

Sampey kinek tok  kamek maseh ingat eyhh,

Setiap kali limpas sia kamek mesti ingat ilek sama sama,

Kamek oghang minum kitak oghang bersussey,

Ingat sidak usup lok salu teghjun lam sungey heh..

Luchu mena eh baju leb0  lao masok lam bas,

Kamek ngaco bisin-bisin kitak lagi manaz,

Oghang banyak madah kita nang padan,

Tapi kitak lebih banyak kawan laki dari ompuan,

Banyak gilak nenga cerita kamek sik tahan,

Kamek coba balas dendam lalu kua ngan ompuan,

Kitak sik tauk pa pa diam di ghuma sik ditalipon,

Lalu kitak pegi pasa nemu kamek ngan Nughul (Nurul)

Kamek ngaku salah kamek balas dendam sik da bukti

Baghuk nek tok kamek nyesal cinta kitak sik da ganti..

Boh kawen dolok dia gik maseh nunggu,

Boh kawen dolok dia gik nak meghayu…

Boh kawen dolok dia gik maseh nunggu,

Boh kawen dolok dia gik nak meghayu…

 

 

5.0 Terjemahan Teks

Saya Sayang  Teman Wanita Saya- Know No

Dari pertama kali saya lihat kamu dulu,

Tidak pernah saya sangka kamu jadi macam ni

Kamu bersama  kawan kamu,

Saya bersama Eijal,

Terpikat lihat muka kamu kemudian beritahu kepada Eijal.

Kebetulan juga Eijal teman lelaki kawan kamu,

Saya tidak cakap saya suka dulu,

Tanya nama kamu di mana kamu tinggal

Kemudian dia beritahu tinggal di Bintawa,

Tidak mahu bercinta dulu maklumlah orang cantik kan..

Tidak lama selepas itu..

Nombor telefon ada, kemudian petang itu saya terus telefon kamu,

Sembang punya sembang

Tidak tahu sejak bila masanya

Perasaan saya suka sangat dengan kamu,

Masa itu saya sangat serius..

Malam itu minum bersama ‘apek’  dan dengar mereka bercerita

Saya berpasangan dengan bidadari syurga

Minta -minta cinta kita kekal selamanya..

Jangan kahwin dulu dia masih menunggu…

Jangan kahwin dulu  dia masih merayu

Mula-mula memang okay

Kita selalu lepak di  S.P (Sarawak Plaza) memang okay

Sampai sekarang saya masih ingat..

Setiap kali lalu sana saya mesti ingat masa kita lepak sama-sama

Kami sedang minum, kamu pula bercerita..

Ingat tidak Usup dulu selalu terjun sungai..

Lucu sangat …

Naik  bas baju basah kuyup

Saya usik-usik kamu pula yang marah..

Orang cakap kita memang padan

Tapi kamu lebih banyak kawan lelaki daripada perempuan,

Banyak sangat dengar cerita,saya tidak tahan ,

Saya cuba balas dendam kemudia keluar dengan perempuan lain..

Kamu duduk di rumah tidak tahu apa-apa

Saya tidak telefon kamu,

Kemudian kamu pergi pasar nampak saya bersama Nurul,

Saya mengaku salah kerana membalas dendam tanpa bukti..

Baru sekarang ini saya menyesal..

Cinta kamu tiada ganti.

Jangan kahwin dulu dia masih menunggu…

Jangan kahwin dulu  dia masih merayu

 

 

6.0 Transkripsi Fonetik

Berdasarkan dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam senarai di atas, penutur dialek Sarawak cenderung :

1)  Dalam dialek  Sarawak, kebiasaannya perkataan yang akhirnya mempunyai fonem [r] akan digugurkan contoh perkataan /labor/ disebut /labo/…. /laor/ disebut  sebagai /lao/.

2)  Selain itu,fonem [r] di tengah kata akan di gantikan dengan fonem [ɣ].Contohnya,perkataan /dari/ disebut sebagai /daɣi/.

3) Perkataan yang berakhir dengan fonem [k] akan digantikan dengan fonem hentian glotis [Ɂ],misalnya  perkataan /kamek/,fonem [k] diakhir kata akan menjadi /kamԐɁ/.

4) Uniknya dialek ini,perkataan yang akhirannya mempunyai fonem [i] sebutan nya akan ditambah fonem [-ey] contohnya /sini/ disebut /siney/.

5) Penutur dialek Sarawak juga gemar menukarkan vokal tinggi  [u] kepada vokal rendah  [o] dalam menuturkan bahasa mereka.Contohnya, perkataan /betul/ menjadi /betol/ apabila ditukar ketinggian vokal tersebut.

6) Fonem nasal akan diasimilasikan dengan bunyi  fonem yang hadir sebelumnya.Misalnya bunyi perkataan /numtum/.Vokal [u]  akan berasimilasi dengan fonem selepasnya iaitu konsonan nasal [m] dan disebut sebagai /nũmtũm/.

7) Dalam dialek ini,pemanjangan vokal kerap berlaku.Contohnya, /məna:/,/ku:wa:/,/alu:/ dan sebagainya.

Rajah Vokal Bahasa Melayu

Rajah Vokal Bahasa Melayu

Analisis Soal-Selidik

SurveyMonkey

SurveyMonkey

 

Definisi SurveyMonkey  :

SurveyMonkey merupakan satu perisian dimana anda boleh membuat soal selidik dengan dapat menjimatkan tenaga, masa, wang dan sebagainya. Selain itu, pengunaan SurveyMonkey juga akan memudahkan penguna untuk menganalisis data yang dikaji.

Anda boleh memulakan SurveyMonkey dengan hanya klik link seperti berikut :

www.SurveyMonkey.com

Berikut merupakan link SurveyMonkey yang telah saya berikan kepada responden dan rakan responden  untuk saya menyiapkan tugasan yang diberi :

  • Link SurveyMonkey Responden :

http://www.surveymonkey.com/s/3QK5D38

  • Link SurveyMonkey Sahabat Responden :

http://www.surveymonkey.com/s/HS5M7F5

surveymonkey-635

Analisis Kata Dialek Sarawak

Assalamualaikum, posting kali ini adalah berkenaan dengan kekerapan kata dalam rakaman audio,video,atau lagu yang akan dianalisis menggunakan perisian bahasa iaitu AntConc. Saya menggunakan perisian ini untuk menganalisis kekerapan kata dialek yang saya kaji iaitu dialek Melayu Sarawak yang telah di petik dari video mp4 dalam posting sebelum ini iaitu berkenaan Analisis Sebutan Dialek Sarawak.

Melalui perisian ini saya dapat melihat kekerapan kata yang digunakan dalam lagu tersebut melalui penganalisisan yang dibuat.Sebelum membuat analisis,fail berformat *.txt perlu dibuat kerana perisian ini hanya boleh membaca fail yang berformat *.txt.Oleh itu,saya telah membuat salinan transkripsi sebutan dialek sarawak ke dalam format *.txt menggunakan aplikasi Notepad seperti  yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:-

BIT

 

Cara penggunaan atau tutorial Antconc ini boleh di dapati di sini Antconc.

Berikut data kekerapan yang telah saya peroleh.

ancontc 1

 

Buka fail yang telah diformatkan ke dalam bentuk *.txt seperti diatas.

ancontc 2

 

Kemudian pilih beberapa perkataan untuk di analisis.Gambar di atas menunjukkan perkataan kitak mempunyai kekerapan yang paling banyak dan berada di kedudukan paling atas iaitu dengan kekerapan  sebutan kata sebanyak 13 kali.

ancontc 3

 

Gambar menunjukkan penggunaan kata kitak dalam ayat.

ancontc 4

 

Melalui perisian ini, saya dapat mengkaji kekerapan penggunaan sesuatu perkataan dan di mana perkataan itu digunakan dalam pelbagai konteks ayat dalam dialek Sarawak ini.

Daripada analisis tersebut , saya mendapati bahawa:

1.Kitak ialah kata ganti nama orang kedua yang bermaksud kamu.

Contoh: Kitak salu lepak depan belakang S.P nang okay.
Maksud Ayat: Kamu selalu lepak belakang S.P memang okay

 

2.  Kitak ialah kata ganti nama orang kedua yang boleh berfungsi sebagai subjek dan objek.

Contoh: Kitak dengan kawan kitak
Maksud Ayat: Kamu dengan kawan kamu

3.   Sik berfungsi sebagai kata nafi yang bermaksud sebagai tidak.

Contoh: Sik penah kamek sangka kitak jadi camtok
Maksud Ayat: Tidak pernah saya sangka kamu jadi macam ni.

4. Dolok dalam dialek Sarawak berfungsi sebagai penunjuk peristiwa yang membawa maksud dulu dalam bahasa Melayu    baku.

Contoh: Boh kawen dolok dia gik maseh nunggu
Maksud Ayat: Jangan kahwin dulu,dia masih menunggu

 

5. Perkataan ngaco dalam dialek ini digunakan sebagai kata kerja yang bermaksud ‘menganggu’.

Contoh: Kamek ngaco bisin-bisin kitak lagi manaz
Maksud Ayat : Saya ganggu sikit kamu marah-marah

 

6. Nangga yang bermaksud  ‘melihat’ atau ‘tengok’ juga berfungsi sebagai kata kerja.

Contoh: Terpikat nangga muka kitak,
Maksud ayat: Terpikat melihat muka kamu.

 

7. Dalam dialek Melayu Sarawak,perkataan kacak membawa maksud cantik yang berfungsi sebagai kata adjektif.

Contoh Ayat: Maklomlah oghang kacak nak..
Maksud Ayat:Maklumlah orang cantik kan..

 

8. Kinek tok dalam dialek ini digunakan untuk menunjukkan masa yang bermaksud sekarang dalam bahasa Melayu standard.

Contoh: Sampey kinek tok  kamek maseh ingat
Maksud Ayat: Sampai sekarang saya masih ingat

9. Dalam dialek Melayu Sarawak terdapat perkataan yang tidak wujud langsung dalam bahasa Melayu Baku iaitu boh yang bermaksud jangan.

Contoh:  Boh kawen dolok
Maksud Ayat: Jangan kahwin dulu

 

10. Geghek dalam dialek ini dikenali sebagai  teman lelaki/wanita yang merujuk kepada pasangan seseorang.

Contoh: Kebetolan juak Eijal geghek kawan kitak
Maksud Ayat: Kebetulan juga Eijal teman lelaki kawan kamu

 

Kesimpulannya,perkataan-perkataan diatas menunjukkan analisis berkenaan sesuatu perkataan daripada Dialek Melayu Sarawak agak   berbeza dengan bahasa Melayu.Terdapat beberapa perkataan yang tidak wujud dalam bahasa Melayu standard contohnya; geghek,kinek tok,sik dan sebagainya.Namun demikian dialek ini juga mempunyai beberapa persamaan dengan bahasa melayu baku yang boleh dilihat mempunyai persamaan dari aspek penggunaan tatabahasanya.

=)

Font

Analisis sebutan ini akan digunakan apabila melakukan projek kami nanti di mana kami harus mengkaji sebutan yang digunakan oleh responden kami dan mentranskripsikan teks tersebut dalam fonetik.Simbol-simbol fonetik boleh didapati dengan menggunakan aplikasi Charis SIL font atau IPA font.

The International Phonetic Alphabet  (IPA) adalah perwakilan bentuk bunyi bahasa. IPA ini telah dicipta pada tahun 1888 oleh Persatuan Fonetik Antarabangsa. Ia adalah standard untuk semua bahasa dan  sebutan perkataan yang betul dalam pelbagai bahasa. Microsoft Word menyediakan beberapa fon IPA riba out-of-the-box, tetapi pelajar juga boleh memuat turun fon IPA riba dari laman web, seperti laman web bagi Institut Summer Linguistik, juga dikenali sebagai SIL Antarabangsa.

IPA font boleh didapati melalui  http://ipa.typeit.org

Font ini digunakan untuk memudahkan pelajar membuat transkripsi fonetik.

Cara memuat turun Charis SIL Font

1. Pergi ke laman web berikut http://scripts.sil.org/cms/scripts/page.php?item_id=CharisSIL_download.

home

 

2. Pergi ke ‘download’. Sekiranya anda menggunakan Windows, anda perlu memilih ‘windows installer’. Jika anda menggunakan Macintosh, anda perlu memuat turun mengikut sistem yang sesuai dengannya.

download

windows version

3. Selepas memuat turun, klik ‘Run’ dan tunggu ia habis ‘install’ ke dalam sistem komputer anda. Selepas itu, anda boleh memeriksa Charis SIL di Windows > Accessories > Software Tools > Character Map

how to look

 

4. Anda boleh melihat jenis-jenis Font yang terdapat dalam komputer anda di Character Map.

charis SIL

 

 

Papan kekunci IPA ini membolehkan anda untuk menaip transkripsi fonetik dalam semua bahasa. Ia termasuk semua simbol-simbol rasmi IPA.